MARUDI, 30 Sept: Sarawak berhasrat membina empangan hidro elektrik bertingkat di sepanjang sungai pada masa akan datang, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Inisiatif itu menurut beliau bertujuan untuk memanfaatkan lagi potensi sungai sebagai sumber utama penjanaan tenaga hidroelektrik di negeri ini.
Memetik contoh akan negara-negara Eropah, Abang Johari optimis perancangan itu giat mengusahakan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui, malah membawa pelbagai manfaat dalam menyelesaikan beberapa isu demi kesejahteraan rakyat.
“Apabila saya membuat lawatan kerja di Sweden, saya mendapati bahawa di sungai mereka mempunyai empangan melapat yang mampu menjana 14,000 megawatt.
“Saya telah pun berbincang dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai perkara ini.
“Mengambil contoh, kitai mempunyai banyak Sungai terutamanya di bahagian Kapit di mana kami mencadangkan untuk membina empangan melapat berkenaan.
“Pembinaan empangan melapat juga berkesan dalam menangani konflik manusia dengan buaya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika Majlis Perasmian Baram Regatta di Tebingan Sungai Marudi sini, hari ini.
Abang Johari menambah antara manfaat pembinaan empangan melapat boleh menjamin kelestarian sumber perikanan sungai selain meningkatkan pendapatan nelayan.
“Dengan adanya empangan melapat itu, oksigen di sungai akan bertambah maka ikan juga dapat spesis ikan air tawar yang hidup di dalam sungai juga akan bertambah,” ujarnya. – TVS