Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi meninjau kemudahan gelanggang futsal di Kampung Bukit Gudang. Foto: TVS

SABERKAS perlu giatkan program bersasar gilap potensi anak muda – Hasbi

LIMBANG, 30 Sept: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) perlu mempergiatkan program bersasar yang melibatkan penyertaan anak muda agar potensi dan bakat mereka dapat digilap, kata Datuk Hasbi Habibollah.

Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia itu menekankan pertubuhan berkenaan berperanan penting dalam menbangunkan belia-belia di Sarawak dalam pelbagai bidang.

“Saberkas satu-satunya persatuan belia yang lama di Sarawak dari dulu lagi, dan telahpun banyak melaksana pelbagai aktiviti khususnya kepada belia-belia termasuk di Limbang,” katanya.

Ahli Parlimen Limbang itu berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Futsal Piala Datuk Hasbi Habibollah, anjuran Saberkas Cawangan Batu Danau dan Perasmian Gelanggang Futsal Saberkas di Kampung Bukit Gudang, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau yang juga Pengerusi Saberkas Batu Danau, Paulus Palu Gumbang, Timbalan pengerusi Saberkas Batu Danau, Jangan Bakar dan Penghulu, Ekit Awang.

Dalam pada itu, Hasbi menegaskan bahawa belia merupakan aset penting terhadap pembangunan dan penggerak kemajuan negara.

“SABERKAS juga mengumpul belia-belia, mengangkat belia-belia sebab pada masa itu kerajaan melihat belia ini adalah penyambung dan mentadbir kepimpinan negara termasuk mentadbir negeri Sarawak,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan