Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak juga merangkap ADUN Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep bergambar bersama tetamu yang hadir pada program ahri ini. Foto: TVS

Kempen e-Duit di Pasar Serikin mudahkan transaksi – Henry

SERIKIN, 30 Sept: Kempen e-Duit telah diperkenalkan di Pasar Serikin sebagai inisiatif untuk memudahkan transaksi jual beli di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata kempen berkenaan juga selari dengan  aspirasi Sarawak ke arah ekonomi digital dalam kalangan masyarakat setempat.

Menurutnya kempen berkenaan juga sebagai batu loncatan utama untuk Sarawak khususnya di kawasan  Serikin dijadikan sebagai tempat pelancongan untuk orang ramai berbelanja dengan lebih cekap.

“Kempen e-Duit in merupakan inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM), PayNet, institusi kewangan dan rakan kolaborasi dari pelbagai agensi kerajaan khususnya Pejabat ADUN N2 Tasik Biru, Pejabat Daerah Bau, Majlis Daerah Bau, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Serikin serta persatuan perniagaan.

“Dengan tujuan untuk memperkenalkan dan membudayakan penggunaan e-Duit di dalam transaksi perniagaan serta untuk memgenalkan kepada peniaga di daerah Bau dengan skim kewangan sosial, iTekad.

“Jadi, dengan adanya e-Wallet ini, e-Duit ini, S Pay Global ini akan memudahkan transaksi perniagaan,”

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen e-Duit di Great Baruk Hall, Kampung Serikin, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Henry mahu peniaga harus mengambil dan merebut peluang ini yang telah disediakan oleh Kerajaan Sarawak dan merasai faedah yang akan diberikan setelah mendaftar opsyen E-Duit untuk perniagaan.

“Peniaga tempatan di Pasar Serikin ini seharusya mengambil peluang untuk memperkenalkan opsyen e-Duit di dalam perniagaan kerana terdapat pelbagai fasiliti produk sama ada dari Kerajaan Sarawak (S Pay Global) ataupun penyedia perkhidmatan kewangan berlesen swasta yang lain.

“Ini membolehkan setiap pengguna menggunakan identiti digital unik ‘Sarawak ID’ untuk mengakses kesemua perkhidmatan Kerajaan Sarawak seperti pendaftaran perniagaan, pembayaran lesen perniagaan dan sebagainya.

“Peniaga yang berdaftar dengan ‘Sarawak ID’ tentu sekali lebih mudah untuk menerima informasi dan mendapat insentif yang disediakan oleh kerajaan seperti geran dan pinjaman mikro,” tegasnya.

Turut hadir  Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia Kuching, Mohd Irman Mohd Din.

Untuk rekod, Pasar Serikin telah dipilih sebagai destinasi pertama bagi Program Literasi Kewangan Peringkat Negeri Sarawak dan akan diteruskan di beberapa daerah lain di Sarawak dalam menyebarkan kepentingan ilmu pengurusan kewangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan