Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Biji tumbuhan Guarana Brazil..

Agrofest 2023: Guarana Brazil bercambah di Bumi Kenyalang

ByNazirah Adlina

KUCHING, 30 Sept: Ramai antara kita tidak mengenali spesis tumbuhan bernama Guarana yang hidup subur di Amerika Selatan dan hutan hujan Brazil.

Terkenal dengan pelbagai manfaat, antaranya Guarana dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan kardiovaskular seperti mengimbangi dan menguatkan jantung serta berupaya mencegah strok haba.

Namun begitu, anda kini tidak perlu ke benua Amerika Selatan untuk mendapatkan khasiatnya kerana terdapat dalam kalangan usahawan Sarawak telah bergelar pengusaha kopi guarana.

Ketua Pegawai Eksekutif Cupana Sarawak Sdn Bhd, Dr Robert Lingga Mangge berkata meskipun khasiat tumbuhan diketahui umum namun ia masih antara tumbuhan yang kurang popular di sarawak.

Susulan itu, ia mencetuskan idea baginya untuk mempromosikan tumbuhan tersebut menerusi penghasilan produk kopi Guarana yang sudah berada di pasaran seluruh negara sejak lima tahun lalu.

Inovasinya dengan mencampur tumbuhan berkenaan bersama biji kopi tempatan menjadikan aromanya memikat para pelanggan.

“Bercakap mengenai guarana, ia adalah produk baharu di negara kita. Sudah mula dipasarkan di  Malaysia khususnya di Semenanjung Malaysia kira-kira (sejak) lima tahun lalu tetapi di Sarawak secara rasminya (mula dipasarkan) kira-kira setahun lalu.

“Kami berada di sini (Sarawak Agrofest) sebenarnya mencuba untuk memperkenalkan potensi tanaman guarana, selain memperkenalkannya sebagai tanaman kelompok. Kami memfokuskan kepada masyarakat, seperti komuniti rumah panjang, orang kampung, kerana kami dapat melihat potensinya sedikit sangat baik,” jelas beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Cupana Sarawak Sdn Bhd, Dr Robert Lingga Mangge ketika ditemui TVS di Sarawak Agrofest 2023.

 

Produk kopi dan minuman coklat berasaskan tumbuhan Guarana.

Menurutnya lagi menarik tentang proses penanaman tumbuhan itu adalah ia tidak menggunakan sebarang racun perosak dan telah menggunapakai kaedah ‘Clean Agriculture Technology (CAT)’ untuk menanamnya.

“Penanaman guarana turut mendapat perhatian Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

“Pada mulanya, dalam dua atau tiga hari pertama ramai yang tidak tahu apa itu guarana. Sehingga Menteri sendiri datang ke sini dan orang ramai mula memperkenalkan sesama mereka sendiri ekoran kehadiran Menteri dan pihak dari agensi kerajaan. Saya sangat gembira kerana (sambutan) itu tidak dijangka. Saya sangat gembira untuk dua atau tiga hari yang lalu. Ramai orang datang ke sini,” jelasnya ketika ditemui di Sarawak Agrofest 2023 di Kuching pada Sabtu.

Tambahnya selain membantu komuniti tempatan dalam penanaman tanaman itu, beliau optimis guarana boleh mendapat sambutan positif di Sarawak ekoran peningkatan dalam permintaan tumbuhan itu.

Sarawak Agrofest 2023 berlangsung sejak seminggu lalu dan bakal melabuhkan tirainya pada Ahad. – TVS

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan