Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng (empat kiri) dan Konsulat Jeneral Republik Rakyat China, Xing Weiping (tiga kiri) di Festival Kuih Bulan. Foto: TVS

1,000 kuih bulan, tanglung percuma sempena Festival Kuih Bulan MBKS

KUCHING, 30 Sept: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) telah mengedarkan sebanyak 1,000 tanglung dan kuih bulan secara percuma kepada orang ramai pada Festival Kuih Bulan di Taman Sahabat di sini pada petang semalam.

Datuk Bandarnya, Dato Wee Hong Seng berkata inisiatif berkenaan  merupakan salah satu usaha dalam memupuk dan mengukuhkan hubungan budaya dan meraikan kepelbagaian, di samping mempromosikan perayaan sebenar kepelbagaian budaya dan perpaduan di Sarawak.

 

Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng bergambar bersama pengunjung yang hadir di Festival Kuih Bulan. Foto: TVS

Menurutnya festival berkenaan mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran ratusan penduduk di sekitar Kuching dengan pelbagai tanglung berhias dan persembahan tarian singa.

Terdahulu, Wee bersama rombongannya  turut berkunjung ke rumah Salvation Army di Samarahan menyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik dan menyarankan untuk tidak menyisihkan kanak-kanak ini di musim Festival Kuih Bulan tanpa mengira agama dan bangsa.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan Seni Mempertahankan Diri Cina serta Persatuan Persahabatan Zong Ho Kuching.

Turut hadir, Konsulat Jeneral Republik Rakyat China, Xing Weiping dan Penaung Persatuan Seni Mempertahankan Diri Cina Kapitan, Tan Kun Gee. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan