Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak. Foto: Twitter Maybank

Tiada caj dikenakan ke atas peniaga DuitNow QR pada masa ini – Maybank

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini memaklumkan bahawa bank itu tidak mengenakan sebarang yuran berkaitan dengan Duitnow QR dan ini akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

“Semua peniaga boleh terus menerima pembayaran Duitnow QR tanpa caj, seperti amalan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peniaga dengan lebih awal, kata bank tersebut.

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), yang mengendalikan kod DuitNow QR, baru-baru ini menjelaskan bahawa penepian bagi caj kadar diskaun pedagang (MDR) selama empat tahun ke atas peniaga akan tamat tempoh pada 1 Nov 2023.

Buat masa ini, pembayaran kad debit dan kredit adalah tertakluk kepada MDR. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan