Tangkap layar daripada video pergaduhan. Foto: IPD Miri

Polis Miri terima dua laporan berkaitan insiden gaduh di Jalan Permaisuri

MIRI, 20 Sept: Polis Daerah (IPD) Miri mengesahkan telah menerima dua laporan polis pada 24 September, Ahad lepas sekitar jam 8:06 malam berkaitan dengan rakaman video insiden pergaduhan dua orang lelaki berbangsa Cina di Jalan Permaisuri Miri yang dimuat naik di laman X.

Ketua Polis Daerah Miri, Alexson Naga Chabu dalam kenyataan hari ini mendedahkan, semakan ke atas rakaman video berdurasi 19 saat tersebut telah dibuat dan kedua-dua individu di dalam video tersebut telah tampil ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan.

“Punca pergaduhan masih belum dikenal pasti dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alexson menasihati masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memviralkan isu sensitif di media sosial yang dikhuatiri boleh menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat serta menggangu siasatan pihak polis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan