Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KPM diminta percaya kepada kewibawaan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) di Sarawak membuat keputusan melibatkan sekolah-sekolah di sini. Foto hiasan, Envato.

MPPK cadang elaun latihan mengajar dimasukkan dalam Belanjawan 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Sept: Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mencadangkan kepada kerajaan untuk memasukkan Elaun Latihan Mengajar dalam Belanjawan 2024, bagi mengatasi isu berkaitan kebajikan mahasiswa bakal guru yang telah berlanjutan terlalu lama.

Setiausaha Kerja MPPK Nik Ahmad Nuri Nik Ismail dalam kenyataan hari ini turut mencadangkan, elaun tersebut diselaraskan dengan jumlah minimum sebanyak RM800 sebulan, selain peruntukan bayaran elaun dilakukan secara tetap setiap tahun.

Cadangan berkenaan berikutan elaun sedia ada yang diberikan tidak menyeluruh kepada seluruh negeri dan jumlah terlalu rendah, berbanding mahasiswa yang menjalani latihan industri di institusi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Segelintir guru pelatih yang menjalani latihan mengajar juga merupakan mahasiswa, yang terdiri dalam kalangan B40, miskin tegar dan asnaf yang sangat memerlukan, lebih-lebih lagi kos sara hidup yang semakin melonjak tinggi dan membebankan mahasiswa.

“MPPK berharap agar kebajikan mahasiswa bakal guru turut terjaga dan tidak diabaikan menerusi cadangan yang diberikan,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan