Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga rumah terjejas akibat kebakaran di Lorong Bayor Bukit 2, Kuching. Gambar Ihsan: PGO Bomba Sarawak

Kebakaran sebuah rumah di Tabuan Jaya, jejaskan kediaman berdekatan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 29 Sept: Sebuah rumah teres jenis kekal dua tingkat di Lorong Bayor Bukit 2, Tabuan Jaya di sini terbakar 80 peratus sehingga menyebabkan kediaman berdekatan (kiri dan kanan) turut terjejas kira-kira lima peratus akibat kerosakan asap (smoke damage).

Menurut info Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak hari ini, laporan kebakaran diterima pihaknya pada sekitar 9 pagi tadi seterusnya kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.20 pagi.

“Anggota bomba berjaya memadam kebakaran dengan teknik “Offensive” serta “Defensive” menggunakan tiga aliran hos hantaran 100kaki 3 nozel serta pam jentera dan  sumber air dari pili bomba berhampiran.

Operasi pemadaman telah ditamatkan pada sekitar jam 12 tengah hari,” menurut kenyataan pada Jumaat.

Tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Lapan anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya dan Batu Lintang terlibat dalam operasi tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan