Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak polis melakukan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat bayi perempuan baru lahir di sebuah flat di Farlim, George Town hari ini. Foto: TVS

Mayat bayi perempuan ditemui dalam tong sampah flat

GEORGE TOWN, 28 Sept: Mayat seorang bayi perempuan dipercayai baharu lahir ditemui pekerja syarikat pengumpulan sisa pepejal di dalam sebuah tong sampah di sebuah flat di Farlim di sini hari ini.

Mayat cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui kira-kira pukul 10 pagi tadi oleh sekumpulan pekerja ketika mengangkat tong tersebut untuk dimasukkan ke dalam lori.

Pemandu lori sampah, Izan Fairuz Muhammat, 40, berkata, dia dan rakan sekerja terkejut selepas menyedari mayat dalam keadaan berbogel tersebut bersama timbunan sampah-sarap.

“Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan badan (mula) kembung dan dihurung lalat.

“Kali terakhir kami memungut sampah di situ sekitar pukul 11 pagi semalam dan ia akan dipungut setiap hari,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

“Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan berhubung kejadian ini sedang dijalankan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan