JULAU, 28 Sept: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran di Rumah Panjang Micheal, Sungai Sejugam Lasi di sini petang tadi.
Kejadian pada pukul 4.20 petang di rumah panjang yang mempunyai 40 pintu itu turut menyebabkan seorang wanita mengalami kecederaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin ketika dihubungi mengesahkan kematian mangsa berdasarkan laporan diterima dari Pegawai Operasi di lokasi.
“Ketika ini, anggota kita masih di lokasi dan sedang terlibat dengan operasi memadam kebakaran,” katanya.
Beliau menambah, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kejadian itu pada4.26 petang tadi. -TVS