SIBU, 28 Sept: Kesedaran orang ramai mengenai pencegahan dan rawatan rabies perlu ditingkatkan sebagai langkah mengelakkan peningkatan kes.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Michael Tiang Ming Tee berkata, setakat ini banyak kempen kesedaran dan menghantar mesej melalui pelbagai saluran telah dilakukan namun kesedaran masih sangat rendah.
Sarawak catat peningkatan ketara kes rabies, 15 kematian setakat Sept
“Kita perlu menggesa pemilik haiwan supaya tidak membiarkan kucing dan anjing mereka bebas berkeliaran dan apabila digigit, patuhi nasihat diberikan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Ooi Choo Huck dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika sambutan Hari Rabies Sedunia di sini hari ini.
Pada majlis berkenaan, Micheal Ting mewakili Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.
Sarawak catat peningkatan ketara kes rabies, 15 kematian setakat Sept
Sementara itu, Dr. Sim menerusi teks ucapan yang dibacakan Micheal Ting berkata, rabies masih menjadi masalah kesihatan awam utama di Sarawak.
“Jumlah kes rabies manusia di Sarawak ialah 72 setakat ini dengan 65 (90.3 peratus) kematian.
“Kebanyakan kes ini boleh dicegah jika mereka telah menerima vaksinasi selepas gigitan.
“Terdapat 88,606 kes gigitan haiwan iaitu anjing sebanyak 49,457 kes diikuti kucing sebanyak 39,149 kes,” katanya. -TVS