Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama.

Keindahan pekerti, akhlak Rasullullah SAW contoh ikutan terbaik – PM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, dalam perutusan Maulidur Rasul 1445H yang dikongsi di laman Facebook malam ini, berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.

“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Tema sambutan tahun ini ialah Perpaduan Teras Malaysia MADANI. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan