Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan jerebu di sekitar Kuching, Sarawak baru-baru ini. Foto: TVS

Henti pembakaran terbuka, elak jerebu di Sarawak bertambah teruk – Dr Hazland

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 28 Sept: Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan keadaan jerebu di Sarawak bertambah teruk, kata Dr Hazland Abang Hipni.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak berkata, pihak berkuasa tempatan juga telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah itu.

Henti pembakaran terbuka, elak jerebu.

“Antaranya Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak ketika ini tidak akan mengeluarkan sebarang permit pembakaran terbuka,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beberapa kawasan di seluruh negara termasuk Sarawak hari ini dilanda jerebu dengan terdapat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemarahan Udara (IPU) tidak sihat.

Setakat 6 petang, dua kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU yang tinggi iaitu Serian (158) dan Samarahan 152.

Sementara itu, Dr Hazland berkata, keadaan jerebu yang berlaku ketika ini dipercayai berpunca akibat aktiviti pembakaran terbuka di negara jiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan