Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hasbi Habibollah (tiga kiri) disaksikan Sulaiman Engal (dari kiri) Dr Abdul Rahman Ismail, Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely (dua kanan) menyerahkan hadiah juara kategori sekolah menengah kepada SMK Kubong. Foto: TVS

Hayati tema sambutan Maulidur Rasul ‘Sarawak Makmur Ummah Sejahtera’ – Hasbi

LIMBANG, 28 Sept: Masyarakat Islam diingatkan agar terus memberi sokongan kepada pucuk pimpinan negeri ini serta giat  berusaha menyumbang bakti ke arah menjadikan Sarawak maju menjelang 2030.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, hasrat itu sejajar dengan tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ‘Sarawak Makmur Ummah Sejahtera’.

“Menyentuh berkaitan tema sambutan tahun ini ‘Sarawak Makmur Ummah Sejahtera’, saya ingin mengajak semua kita untuk memberikan sokongan padu kepada kepimpinan kita dan sama-sama berusaha menyumbang ke arah mengadakan negeri kita Sarawak maju menjelang 2030.

“Dengan pembangunan dan kemajuan yang dikecapi Insya-Allah akan memberikan kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Daerah Limbang di Kompleks Sukan dan Dewan Suarah Limbang hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan isteri, Datin Dayang Maimunah Awang Mohd Daud, Pegawai Daerah Limbang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perayaan-Perayaan Islam Daerah (JTPID) Limbang, Sulaiman Engal dan Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang merangkap Timbalan Pengerusi JTPIL, Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang dalam pada itu mahu golongan muda untuk didedahkan dengan keistimewaan dan kepentingan menyambut dan menghayati Sambutan Maulidur Rasul agar ia tidak hanya menjadi budaya semata-mata.

Beliau turut berharap semangat Maulidur Rasul tahun ini dapat menyemai rasa mahabbah, kasih dan cinta yang berterusan dan berkekalan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Lebih 4,000 masyarakat Islam membabitkan 85 kontinjen menyertai perarakan tahun ini dengan menyaksikan lapan kategori dipertandingkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan