Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew mewakil Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merakam kenangan bersama deligasi BESarawak. Foto: BESarawak.

BESarawak sedia platform lahir modal insan profesional acara perniagaan – Abdul Karim

ByConnie Grace

KUCHING, 28 Sept: Business Events Sarawak (BESarawak) bekerjasama dengan universiti tempatan dan swasta dengan menyediakan platform untuk melahirkan modal insan yang profesional dan pemimpin acara perniagaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerjasama diperkukuhkan menerusi lima Memorandom Persefahaman (MoU) di negeri ini sekali gus memastikan kemampanan industri pada masa hadapan.

“Komuniti akademik adalah penting kepada industri acara perniagaan kerana mereka ini berada di barisan hadapan dalam kepakaran akademik dan penyelidikan.

“Menerusi kerjasama ini juga, kami akan menyokong usaha pembangunan bakat dengan menawarikan peluang latihan dan projek kepada pelajar.” Katanya pada majlis menandatangani MoU antara BESarawak dan lima IPT terlibat di Kuching baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew hari ini.

Lima universiti terlibat adalah terdiri daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Univerisiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Teknologi Swimburne Kampus Sarawak dan UCSI Kampus Sarawak.

Katanya lagi, menerusi kerjasama ini ia membolehkan kedua-dua pihak ini dapat akses pengumpulan dan perkongsian data sebagai rakan kongsi.

“Seperti yang kita tahu, data adalah amat penting dalam persekitaran perniagaan dan kita berharap agar di bawah program ini, kita dapat memanfaatkan hasil penyelidikan dan analisis data sebagai rakan kongsi untuk meningkatan prestasi industri acara perniagaan.” Tambahnya.

Untuk rekod, penambahan lima lagi IPT terbabit menjadikan jumlah kerjasama BESarawak melalui BESA kepada 18 keseluruhannya.

BESA adalah platform yang diasaskan pada tahun 2018 oleh BESarawak yang bertujuan untuk memajukan pembangunan sosial dan ekonomi Sarawak dengan mewujudkan peluang kerjasama antara kerajaan dan institusi akademik melalui acara perniagaan.

Ia menyelaraskan rakan kongsi dengan agenda kerajaan khususnya dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030, bagi mencapai kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar dalam tempoh tujuh tahun akan datang.

Hadir sama, Pengerusi BESarawak Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Datuk Abang Openg, Timbalan Pengerusi BESarawak Datu Hii Chang Kee dan Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak Amelia Roziman.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan