Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan, Datuk Misnu Taha berazam mahu terus mengembangkan syiar Islam di Sarawak. Foto TVS.

Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan satu tanggungjawab berat – Misnu

PUTRAJAYA, 28 Sept: Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Misnu Taha berazam untuk terus mengembangkan syiar Islam di Sarawak.

Misnu yang dipilih sebagai salah seorang daripada enam penerima Anugerah Maulidur Rasul pada tahun ini berkata, beliau tidak menyangka akan diberikan penghargaan berkenaan.

Datuk Misnu Taha terima Anugerah Maulidur Rasul.

“Alhamdulillah bersyukur kerana hari ini kita dapat menyambut hari besar junjungan Nabi Muhammad SAW dan kebetulan saya diberikan Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan, sebagai orang Sarawak, saya berbangga,” katanya kepada TVS.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H hari ini berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sambutan dihadiri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Mond Na’im Mokhtar.

Mengulas lanjut, Misnu berkata, anugerah berkenaan merupakan satu amanah besar untuk beliau terus menabur bakti.

“Selama ini saya telah menjelajah banyak tempat di Sarawak termasuk di perkampungan serta kawasan pedalaman.

“Ini menyuntik semangat saya untuk meneruskan usaha, berjumpa dengan saudara kita untuk dakwah Islamiah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan