Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Sarawak telah mengadakan lawatan ke Dewan Parlimen, Republik Jerman pada 25 hingga 27 Sept ini.

PAC Sarawak lawat Jerman, fahami proses semak imbang

ByNina Azman

KUCHING, 27 Sept: Lawatan Jawatankuasa Akaun Awam Negeri Sarawak (PAC) ke Jerman memberi peluang untuk mempelajari fungsi Jawatankuasa Audit dan Belanjawan negara berkenaan.

Lawatan bermula 25 September hingga hari ini diketuai oleh Pengerusi PAC Sarawak, Razaili Gapor.

Delegasi PAC Sarawak antara lain diberi taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Audit Bundestag Jerman, Martin Gerster mengenai peranan mereka dalam proses semak dan imbang untuk parlimen dan badan legislatif negara berkenaan.

“Ini membolehkan PAC Sarawak memahami dan mengenal pasti perbezaan antara sistem di Sarawak dan Jerman khususnya dalam fungsi Jawatankuasa Audit dan Belanjawan,” jelas PAC Sarawak menerusi kenyataan media hari ini.

Lawatan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Ir Lo Khere Chiang, ADUN Kabong, Mohd Chee Kadir dan ADUN Batu Lintang, See Chee How. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan