Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurusan MBM mengadakan kunjung hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto TVS.

Majlis Bandaraya Miri usul tiga projek berimpak tinggi kepada Abang Johari

KUCHING, 21 Sept: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mengusulkan tiga projek berimpak tinggi untuk dibina kepada Kerajaan Sarawak.

Datuk Bandar MBM, Adam Yii Siew Sang berkata, cadangan itu membabitkan projek rakyat, Makmal Transformasi Bandaraya Miri dan kompleks pengurusan sisa bersepadu.

“Itulah antara perkara yang diusulkan MBM kepada kerajaan negeri untuk dipertimbangkan.

“Perkara ini telah dibincangkan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa kami mengadakan kunjungan hormat hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Katanya, Makmal Tranformasi Bandar Raya Miri yang berlangsung pada Jun dan Julai lepas selari dengan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“Makmal ini membincangkan bagaimana untuk menjadikan Miri sebagai bandar pintar, hijau dan bandar peranginan antarabangsa yang paling sesuai untuk didiami,” katanya.

Kata Adam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, kesemua pelan pembangunan itu selaras dengan aspirasi PCDS 2030 yang disasarkan untuk dicapai pada 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan