Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyalakan tanglung pada gimik Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023 di sebuah hotel malam ini. Foto: Bernama

Agong, Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk berangkat ke Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023, di sini malam tadi.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada majlis itu, kedua-dua Seri Paduka berkenan menyempurnakan gimik pembukaan majlis dengan acara memotong kuih bulan dan simbolik nyalaan tanglung.

Hadir sama pada majlis anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia (Persatuan Lim) adalah Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim, pemimpin veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng.

Festival Tanglung atau Perayaan Pertengahan Musim Luruh, merupakan acara penting dari segi budaya bagi kaum Cina di Malaysia selain sarat dengan elemen jalinan kekeluargaan dan komuniti.

Majlis Santapan Malam Festival Tanglung Perpaduan Cina 2023 dihadiri kira-kira 300 tetamu bagi melambangkan perpaduan, kepelbagaian serta keindahan budaya rakyat Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan