Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama jemaah yang hadir menghayati bacaan Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi. Foto: Faitullah Morni

Abang Johari hadir Majlis Kesyukuran Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 27 Sept: Lebih 500 hadir Majlis Kesyukuran Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Negeri Sarawak di Masjid Jamek, Petra Jaya di sini, malam ini.

Sambutan turut dihadiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, disusuli bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Imam Besar Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Sambutan diteruskan dengan ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin.

Sejurus selepas itu solat Isyak secara berjemaah dilakukan sebelum diteruskan dengan Zikir Marhaban yang dipimpin oleh Kumpulan Zikir Bahagian Kuching.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran dan jamuan makan malam.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali , Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan