Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota APM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis bergambar bersama mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Buluh Balui. Foto: APM Limbang

PPS di Limbang ditutup sepenuhnya, banjir beransur pulih

LIMBANG, 26 Sept: Situasi banjir di daerah Limbang semakin pulih dengan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Buluh Balui, Limbang, hari ini.

Penutupan PPS itu dilakukan Pegawai Daerah Limbang, Sulaiman Engal pada jam 9 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang, Leftenan (PA) Mirwan Shah Masri berkata, keseluruhan lapan mangsa daripada tiga keluarga dibenarkan balik ke rumah masing-masing dan kediaman mereka selamat untuk didiami.

Kesemua mangsa banjir adalah dari Kampung Batu Danau dan Kampung Pandak.

Sebelum ini PPS itu dibuka sejak jam 2.30 petang Jumaat lalu menempatkan mangsa banjir dari Kampung Buluh Balui, Kampung Ranggu, Kampung Batu Danau dan Kampung Pandak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan