Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Zikir Marhaban Peringkat Sarawak di Kuching, malam ini. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak bakal miliki bangunan sendiri

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 25 Sept: Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) bakal memiliki bangunan sendiri yang dijangka mula dibina pada tahun hadapan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pelan projek yang akan dibina di atas tanah milik PKMS sendiri di Jalan Muhibbah itu telah diluluskan oleh Lembaga Perancangan Negeri (SPA).

“Bangunan ini (apabila siap kelak) akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terkini bagi mereka menjalankan aktiviti-aktiviti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Zikir Marhaban Peringkat Sarawak di sini, malam ini.

Dalam ucapannya, Abang Johari berkata Masjid Darul Ittihaad di Simpang Tiga di sini akan diperbesarkan bagi menampung bilangan jemaah yang bertambah.

“Masjid ini akan menjadi tumpuan kerana khutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa Inggeris seperti di Singapura,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan