Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari berucap di Majlis Perasmian ICOSSH 2023.

Kerajaan Sarawak sokong kajian etnik dan budaya Sarawak – Abang Johari

ByNazirah Adlina

BINTULU, 26 Sept: Kerajaan Sarawak sedia menyokong penyelidikan berkaitan dengan etnik dan budaya di negeri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sehubungan itu, beliau berkata, Kerajaan Sarawak akan terus menyokong penyelidikan Kursi Tok Nan.

“Kita menerima semua kumpulan etnik sebagai satu kumpulan yang akan menggerakkan Sarawak ke hadapan, Sarawak kini ke arah apa yang kita tahu ekonomi hijau yang merangkumi budaya untuk memelihara cara kita membuat sesuatu dan juga mengambil kira hubungan antara persekitaran, kekuatan ekonomi dan juga persoalan mengenai kemanusiaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian International Conference on Science, Sosial Science and Humanities (ICOSSH 2023) ke-3 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Majlis itu turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Universitas Dinegoro Indonesia, pelancaran Buku Etnik Sarawak serta penyerahan Biasiswa Kursi Tok Nan.

Menjelas lanjut Abang Johari berkata, penyelidikan itu penting untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan setiap kumpulan sub-etnik.

“Apabila kita sudah mengetahui kelebihan dan kelemahan ini kita boleh merangka satu strategi dalam usaha untuk menaik taraf bakat serta dalam parameter dalam persekitaran anda berada,” jelas beliau.

Kursi Tok Nan merupakan usaha kerajaan negeri dalam menggalakkan kajian mengenai etnik di Sarawak melalui pakar dari universiti-universiti di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan