Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak JPJ belum lagi melaksanakan pemasangan kamera AWAS di Sarawak. Foto TVS.

JPJ Sarawak belum pasang kamera AWAS

SIBU, 26 Sept: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan belum membuat keputusan berhubung pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di Sarawak.

Timbalan Pengarahnya, Noraini Mohd. Nawi berkata, sehubungan itu kamera AWAS atau dahulunya dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) belum dikuatkuasakan di sini.

“JPJ Sarawak belum membuat keputusan atau terdapat perancangan untuk tujuan itu setakat ini.

“Ini kerana fasa pemasangan AWAS di Semenanjung Malaysia masih belum selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Pelancaran Operasi Khas Kenderaan Perdagangan JPJ di Stesen Penguatkuasa Stapang di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, JPJ sedang melaksanakan pemasangan kamera AWAS di Semenanjung Malaysia secara berperingkat.

Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa beberapa kamera AWAS telah dipasang di persimpangan lampu isyarat di Kuching, Sibu dan Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan