Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Dr Asmaul Husna Haris Fadzilah.

Impak berganda menerusi Lebuh Raya Trans Borneo – Ahli akademik

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 26 Sept: Projek pembinaan Lebuh Raya Trans Borneo dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi selain meningkatkan aksesibiliti, kata pensyarah kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Asmaul Husna Haris Fadzilah.

Menurutnya, projek jaringan lebuh raya menghubungkan Sabah, Sarawak dan Brunei itu, mempunyai potensi merancakkan lagi aktiviti perdagangan yang seterusnya membawa limpahan ekonomi.

Pembinaan Lebuhraya Trans Borneo bernilai RM3 bilion bermula tahun depan

“Projek ini berupaya meningkatkan sektor pelancongan di Sabah dan Sarawak yang semestinya akan memberikan kesan positif dan membantu meningkatkan jumlah pelancong,” katanya ketika dihubungi TVS.

Menurutnya lagi, projek pembinaan lebuh raya itu turut berpotensi dalam mencipta pelbagai peluang pekerjaan bagi penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.

“Terdapat banyak pekerjaan melibatkan pembinaan dan kejuruteraan yang diperlukan ketika pembinaa projek itu.

“Selain itu, ia juga boleh mencipta peluang pekerjaan dalam pengangkutan darat dan logistik melibatkan perkhidmatan mengangkut bahan binaan dan peralatan ke tapak pembinaan,” ujarnya.

Dengan peningkatan aksesibiliti, sektor pelancongan dijangka berkembang yang melibatkan pekerjaan sebagai pemandu pelancong  dan operator hotel serta restoran.

Peniaga pula dapat memanfaatkan peningkatan aktiviti ekonomi yang akan wujud disebabkan oleh pembinaan projek Lebuhraya Trans Borneo.

“Para peniaga boleh membuka kedai, restoran atau perniagaan lain yang menyediakan perkhidmatan kepada pekerja pembinaan dan pelancong.

“Dalam sektor penyelidikan dan pendidikan pula, pihak universiti dan institusi pendidikan mungkin memerlukan penyelidik serta pensyarah tambahan untuk mengkaji impak projek ini atau memberikan latihan kepada pekerja industri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan