Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi PDP Cawangan Dudong, Datuk Teo Boon Siew menyampaikan dana kepada salah seorang penerima pada Majlis Ringkas Penyampaian Dana di Pusat Khidmat PDP Dudong pada petang semalam. Foto: TVS

Dana RM258,000 diagih kepada 17 penerima di DUN Dudong

SIBU, 26 Sept: Dana berjumlah RM258,000 telah diagihkan kepada 17 penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), persatuan dan sekolah di Pusat Khidmat Parti Demokratik Progresif (PDP) Dudong petang semalam.

Pengerusi PDP Cawangan Dudong, Datuk Teo Boon Siew berkata, dana itu terdiri daripada 12 dana Program Peruntukan Khas, empat dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan satu sumbangan peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau menasihatkan penerima untuk menggunakan wang yang diperuntukkan mengikut permohonan yang telah mereka hantar.

Jelas beliau, segala transaksi melibatkan dana berkenaan perlu direkod dan para penerima perlu menghantar laporan tersebut kepada pusat khidmat untuk tujuan dokumentasi.

“Pada hujung tahun atau setelah dana yang diperuntukkan tersebut habis digunakan, hantar laporan kepda pusat khidmat supaya kami mempunyai rekod. Hujung tahun, pihak audit daripada pihak kerajaan akan datang dan menyiasat setiap dana yang dikeluarkan kepada setiap individu.

“Jadi semua laporan keluar dan masuk dana harus dibuat kepada audit di Kuching. Jika anda menyalahgunakan dana berkenaan, pusat khidmat tidak dapat menyalurkan dana lagi kepada anda,” katanya ketika berucap di Majlis Ringkas Penyampaian Dana di Pusat Khidmat PDP Dudong pada petang semalam.

Dalam perkembangan yang sama, Teo menegaskan walaupun ADUN Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing agak sukar melawat kawasan DUN Dudong berikutan jadual yang padat, tetapi beliau tetap menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat.

Jelas beliau, Dudong mempunyai lebih daripada 200 rumah panjang dan 100 lebih persatuan yang akan disalurkan peruntukan secara berperingkat.

“Datuk Seri Tiong King Sing tidak berjanji kosong, apa sahaja yang beliau janjikan memang akan beliau tunaikan. Tidak dapat hari ini mungkin esok atau tahun depan beliau akan luluskan,” ujarnya lagi.

Antara penerima bantuan adalah 12 JKKK dari Flat Sibu Jaya, Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Do Nang, JKKK Lapok Medan, JKKK kampung kepada Persatuan Komuniti Durin Sibu dan Sibu Senior Citizens Centre. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan