Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tiga, kiri) bersama dengan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022 Datuk Chong Kim Fatt (dua, kiri) hadir menyaksikan atlet kebangsaan beraksi pada acara akhir wushu di Pusat Sukan Xiaoshan Guali hari ini.

Sukan Asia: Kim Fatt pasti wushu sumbang pingat

ByBernama

HANGZHOU, 25 Sept: Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM), Datuk Chong Kim Fatt berkeyakinan penuh kem wushu akan menyumbang pingat pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini.

Keyakinan itu dilontarkan Kim Fatt selepas tiada kilauan pingat berjaya dijelmakan skuad wushu negara pada hari pertama pertandingan di Pusat Sukan Xiaoshan Guali, semalam.

“Optimis (sumbang pingat), wushu memang akan sumbang pingat, acara hari ini (semalam) tidak berada dalam senarai sasaran pingat kami.

“Sasaran kami adalah satu kesimpulan yang dibuat bersama KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN (Majlis Sukan Negara) dan MOM (Majlis Olimpik Malaysia),” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam bersama petugas media di sini, semalam.

Pada hari pertama wushu dipertandingan, bekas juara dunia Wong Weng Son yang diramal akan menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara tidak mencapai jangkaan dan atlet wanita Sydney Chin tidak bernasib baik pada final acara masing-masing.

Weng Son menduduki posisi kedua tercorot dalam acara changquan lelaki sementara Sydney yang juga juara remaja dunia 2016 menamatkan saingan taijiquan+taijijian di tempat keempat.

Mengulas lanjut, Kim Fatt yang baharu dipilih sebagai Naib Presiden Persekutuan Wushu Asia (WFA) memberi bayangan jaguh wushu wanita negara, Tan Cheong Min berpeluang meraih pingat jika tidak melakukan sebarang kesilapan dalam acara nanquan+nandao esok.

Menurut beliau Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara nandao ketika ini merupakan antara tiga atlet terbaik dunia dalam disiplin itu.

“Saya rasa Cheong Min akan berjaya, bukan saja beliau tetapi ada lagi seorang atlet yang mungkin beri kejutan,” kata Naib Presiden MOM itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan