Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berucap pada Persidangan Antarabangsa Bioteknologi, Pertanian Pintar dan Keusahawanan untuk Keselamatan Makanan 2023 di Kuching, hari ini. Foto: M-FICORD (Facebook)

Manfaat teknologi moden tingkatkan mutu produk pertanian

ByArrianne Jo

KUCHING, 25 Sept: Teknologi dalam bidang pertanian dan penghasilan makanan tidak wajar sekadar kekal sebagai bahan akademik, sebaliknya dimanfaat untuk menghasilkan produk lebih bermutu dan berskala besar.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata langkah ini sejajar dengan matlamat kerajaan menjadikan Sarawak sebagai pengeksport makanan menjelang 2030.

“Dalam usaha kita menjadi pengeksport makanan menjelang tahun 2030, satu cabaran besar dan satu-satunya cara untuk maju ke hadapan adalah cuba menggunakan teknologi baru bagi meningkatkan pengeluaran, kualiti, produktiviti dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Bioteknologi, Pertanian Pintar dan Keusahawanan untuk Keselamatan Makanan (BIOSFE) 2023 yang dirasmikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Persidangan itu merupakan anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak bersama M-FICORD dan Universiti National Chung Cheng selama tiga hari sehingga 27 September ini.

Dengan penggunaan teknologi baharu, Rundi yakin ia dapat menarik minat lebih banyak generasi muda untuk terlibat dalam sektor pertanian.

Malah, kerajaan sedang berusaha untuk meningkatkan pendapatan dalam kalangan para petani dan nelayan dengan mengadaptasi kaedah pertanian moden.

Jelasnya, kerajaan sentiasa komited dalam memberi sokongan terhadap usaha mentransformasi sektor pertanian.

Pada persidangan itu, Dr Rundi turut mengingatkan kakitangan di bawah kementeriannya agar turun padang untuk memahami lebih mendalam tentang pertanian serta keperluan komuniti petani yang merupakan kumpulan sasaran mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan