Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki diberkas polis kerana disyaki mencuri kabel yang dipercayai dipotongnya di Jalan Demak Indah, Kuching. Foto hiasan: Envato

Diberkas ketika leka bakar kabel curi

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 25 Sept: Seorang lelaki diberkas polis kerana disyaki mencuri kabel yang dipercayai dipotongnya di Jalan Demak Indah di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek diberkas ketika sedang leka membakar kabel pada Sabtu lepas.

“Dalam tangkapan itu, turut dijumpai peralatan yang dipercayai digunakan suspek untuk mencuri dan memotong kabel serta sebuah motosikal berdaftar atas nama rakan suspek yang berjaya melarikan diri semasa serbuan.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, namun suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata, dari Januari sehingga 23 September 2023, pihaknya telah membuka kertas siasatan sebanyak 28 kes melibatkan potong dan curi kabel dengan penahanan 37 individu.

Sebanyak 25 kes telah selesai dan lapan kes melibatkan 15 orang suspek dituduh di mahkamah.

Dalam tempoh Januari hingga 23 September 2022 pula 16 kes melibatkan 15 tangkapan dibuka dan kesemuanya telah selesai serta sebanyak lima kes melibatkan enam suspek telah berjaya dituduh di mahkamah.

“Secara keseluruhannya, kes dibuka pada 2023 meningkat sebanyak 75 peratus berbanding 2022 dengan jumlah tangkapan meningkat kepada 22 individu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan