Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Bioteknologi, Pertanian Pintar dan Keusahawanan untuk Keselamatan Makanan 2023 di Kuching, hari ini. Foto: UKAS

Dana khas biayai projek pertanian pintar

BySalasiah Safian

KUCHING, 25 Sept: Kerajaan Sarawak bercadang menyediakan dana khas bagi membiayai projek pertanian pintar yang berjaya dilakukan oleh universiti tempatan bagi meningkatkan pengeluaran industri makanan di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bagi tujuan itu, Kerajaan Sarawak akan memuktamadkan jumlah modal teroka industri makanan dalam masa dua bulan.

“Kerana kalau tiada modal, susah juga. Ini risikonya tinggi. Jadi kita kena ada dana khas untuk membantu mereka ini.

“Ini bermakna kita kena ada modal teroka untuk kita beri kepada pelajar kita. Kemudahan pembiayaan adalah diperlukan, jadi saya dan kerajaan masih mencari jalan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Bioteknologi, Pertanian Pintar dan Keusahawanan untuk Keselamatan Makanan (BIOSFE 2023) di sini, hari ini.

Tambahnya, kerjasama bersama universiti tempatan juga giat dilaksanakan bertujuan mewujudkan generasi muda yang dapat mengamalkan pertanian moden.

Untuk tujuan ini, kerajaan Sarawak juga sedang membina taman pertanian di beberapa bahagian di negeri ini bagi menempatkan graduan dalam bidang pertanian yang mengikuti program ‘universiti angkat’.

Sarawak berhasrat untuk menjadi negeri pengeksport makanan bersih pada 2030.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata Sarawak sedang mempertimbangkan untuk menukar nama Jabatan Pertaniannya kepada industri makanan.

Perubahan kita katanya perlu dibuat bagi membolehkan Sarawak lebih fokus dalam membangunkan industri makanannya.

“Ini pandangan peribadi saya, kerana ‘agriculture’ adalah dua perkataan iaitu budaya kebun menjadi satu dan kita mahu ubah sikit supaya kita keluarkan pengurus kebun yang lebih baik.

“Kita akan bincang dahulu sama ada masanya tepat untuk menukar Jabatan Pertanian kepada industri makanan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan