Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Agrofest 2023 selama 10 hari bermula 22 September hingga 1 Oktober ini di Dataran Perayaan Stadium Negeri, Petra Jaya. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Peniaga buah raih jualan RM12 ribu sehari di Sarawak Agrofest 2023

KUCHING, 24 Sept: Sarawak Agrofest 2023 yang berlangsung selama 10 hari bermula 22 September lepas di Dataran Perayaan Stadium Negeri, Petra Jaya menjadi medan terbaik komuniti tani mempromosikan produk mereka di samping menambah pendapatan.

Majoriti para pempamer yang ditemui TVS berkata, mereka berpuas hati dengan penganjuran acara itu kali ini.

Peniaga buah nanas, Mohd. Nasry Mohd. Nasir berkata, program yang akan berakhir pada 1 Oktober depan menjadi platform untuknya menjual hasil pertanian kepada kelompok pelanggan yang lebih besar.

Peniaga buah nanas, Mohd Nasry Mohd Nasir ketika ditemu bual TVS di Sarawak Agrofest 2023. Foto: TVS

“Alhamdulillah setakat ini kehadiran pengunjung cukup memberangsangkan.

“Sebenarnya ini kali pertama saya dijemput oleh Lembaga Perindustian Nanas Malaysia Sarawak untuk sertai acara ini dan ternyata berbaloi,” katanya.

Mohd. Nasry turut mencadangkan agar program ini diadakan lebih kerap.

Bagi Aswazizan Saidan yang menjual barangan basah pula, Sarawak Agrofest memberinya peluang untuk mempromosikan jualan hasil laut dari Kampung Bako.

Peniaga barang basah, Aswazizan Saidan ketika ditemu bual TVS di Sarawak Agrofest 2023. Foto: TVS

“Antara barangan basah yang saya jual termasuklah buah – buahan, ikan dan hasil laut. Ini kali pertama saya turut serta kerana sebelum ini hanya berniaga di kampung selama hampir 15 tahun,” katanya.

Peniaga itu turut berkongsi hasil jualannya mencecah RM12,000 sehari berikutan kehadiran pengunjung yang cukup ramai.

Sementara itu, Pegawai Pemasaran Buah Asam Terung yang berasal dari Miri, Ranizah Rahbi berkata, dia menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan produk baharunya, ais krim terong asam yang turut mendapat sambutan baik.

Pegawai Pemasaran Buah Asam Terung, Ranizah Rahbi ketika ditemu bual TVS di Sarawak Agrofest 2023. Foto: TVS

“Sebelum ini ais krim terong asam kami hanya dijual di Miri. Oleh itu, saya gunakan peluang di Sarawak Agrofest untuk memperkenalkan produk ini.

“Setakat ini, Alhamdulillah sambutan memang baik dan ini merupakan platform terbaik untuk mempromosikan produk baharu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Shafiqah Suhana berkata, Agrofest Sarawak 2023 mampu menarik kunjungan orang ramai kerana menawarkan produk hasil tani dan laut Sarawak yang pelbagai.

Penjual produk hasil laut keropok ikan, Shafiqah Suhana ketika ditemu bual TVS di Sarawak Agrofest 2023. Foto: TVS

“Bagi saya seronoklah sebab ramai pengunjung. Jualan keropok ikan saya turut mendapat sambutan baik, bukan sahaja pengunjung Sarawak malah ada yang datang dari Sabah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan