Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman dan tetamu lain memegang tanglung sebelum berarak di bandar Limbang. Foto: TVS

Pembinaan Lebuhraya Trans Borneo bernilai RM3 bilion bermula tahun depan

LIMBANG, 24 Sept: Kerja pembinaan Lebuhraya Trans Borneo yang menelan kos RM3 bilion akan bermula tahun depan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek itu melibatkan pembinaan di Kuala Baram ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh, Miri sepanjang 4.9 kilometer (km).

Jajaran pembinaan juga kata beliau meliputi ICQS Tedungan ke ICQS Pandaruan, Limbang (57.3km) dan pekan Lawas ke ICQS Merapok, Lawas (34.1km).

“Projek Lebuhraya Trans Borneo yang melibatkan daerah Limbang merangkumi jarak sejauh kira – kira 30 km,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Tiong Hua Antarabangsa 2023 di Dataran Amphitheater, Tebingan Sungai Limbang di sini malam tadi.

Turut hadir Wali Kota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat dan Pengerusi Pengelola Program yang juga Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan, Kapitan Ang Chiw Kiam.

Sebelum ini, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilaporkan berkata, lebuh raya sepanjang 96.3km itu akan menghubungkan Sarawak ke Sabah melalui Brunei dijangka mula dibina pada suku pertama 2024. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan