Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Dalam Negeri memperuntukkan RM54.6 juta untuk perolehan sewaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tempoh tiga tahun di 83 pintu masuk antarabangsa negara.Foto hiasan, Envato.

MOTAC pandang serius dakwaan pasang kamera tersembunyi di inap desa Sabah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)  memandang serius dakwaan pelancong asing, yang mendakwa sebuah inap desa yang didiaminya di Sabah telah dipasang dengan kamera tersembunyi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata, Kerajaan Sabah, MOTAC Sabah dan agensi berkaitan, telah diminta mengambil tindakan serius dan sewajarnya terhadap dakwaan yang didedahkan di sebuah platform media sosial Xiaohongshu, yang berpangkalan di Shanghai pada 14 Sept lepas dan kemudiannya diulang siar oleh portal berita tempatan.

“Hukuman tegas dan setimpal wajar dikenakan kepada mana-mana pihak yang terbukti bersalah, kerana perbuatan terkutuk seperti ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang, tetapi juga menjejaskan imej industri pelancongan negara.

“Saya mengingatkan kepada semua pengusaha homestay atau pemilik yang berdaftar di bawah MOTAC dan memperolehi penggredan daripada MOTAC, sekiranya didapati melanggar undang-undang dan disabit bersalah, MOTAC akan ambil tindakan tegas seperti membatalkan pendaftaran dan menarik balik penggredan mereka,” katanya dalam kenyataan di Facebook di sini hari ini.

Tiong turut mengingatkan kepada semua pengusaha inap desa atau pemilik yang berdaftar di bawah Airbnb,supaya mengambil perhatian serius terhadap disiplin serta memeriksa latar belakang pekerja masing-masing.

“Tidak dinafikan perkara seperti ini mungkin terjadi disebabkan perbuatan peribadi, yang dilakukan oleh para pekerja inap desa atau Airbnb yang tidak bertanggungjawab. MOTAC tidak akan berkompromi terhadap kejadian seperti ini dan akan terus membuat pemantuan dari semasa ke semasa,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan