Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang ketika sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutup Hari Potensi Kemas Peringkat Negeri Sarawak 2023 pada Ahad. Foto: TVS

51 tabika di Sarawak terima manfaat digital kerjasama dengan Telekom Malaysia- Rubiah

KUCHING, 24 Sept: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bekerjasama dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabikanya, kata Datuk Rubiah Wang.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, setakat ini sebanyak 51 buah tabika di Sarawak telah menerima manfaat hasil kerjasama strategik berkenaan.

“Kerajaan terus komited untuk merealisasikan hasrat bagi memastikan anak-anak tabika KEMAS di luar bandar khususnya di Sarawak tidak ketinggalan dalam era digital ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Hari Potensi KEMAS Peringkat Negeri Sarawak di sini hari ini.

Sementara itu, Rubiah yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, KEMAS juga merancang untuk membekalkan peranti digital termasuk televisyen pintar, komputer riba dan akses internet ke tabika kelolaan jabatan itu di seluruh negara secara berfasa.

“Ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran dan pemudahcaraan dalam kelas yang diintergrasikan dengan teknologi digital,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan