Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Api berada dalam kemuncaknya membakar tuga buah rumah di Jalan Kampung Nangka di Sibu pagi tadi. Foto: JBPM ZON 4 Sibu

Tiga rumah terbakar di Kampung Nangka Sibu

SIBU, 23 Sept: Seramai 16 penghuni hilang tempat tinggal selepas tiga buah kediaman musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Nangka di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu PgKB I Andy Alie berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 10.44 pagi.

Menurutnya  tiga pasukan bomba dengan kekuatan 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan BBP Sungai Merah dan BBP Sibu Jaya telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada jam 10.55 kami mendapati kebakaran melibatkan tiga buah rumah jenis tidak kekal.

“Rumah pertama berkeluasan 20×30 kaki persegi, rumah kedua berkeluasan 20×80 kaki persegi dan rumah ketiga berkeluasan 20×60 kaki persegi telah terbakar 100 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini

Walau bagaimanapun tiada kecederaan mahupun kehilangan jiwa dilaporkan dalam musibah tersebut.

“Pemadaman telah dijalankan dengan lancar dan pasukan Keluaran Operasi (PKO) telah bertindak melakukan pemadaman menggunakan teknik ‘defensive’ dan melakukan ‘fire brake’ di kiri dan kanan rumah berhampiran dengan membentang hos hantaran 300 kaki, 2 aliran salur bantu mula 3x nozel dari BBP Sibu Sentral, manakala 2 aliran salur bantu mula 2 nozel dari BBP Sungai Merah sumber air dari tangki jentera dan pili bomba yang berhampiran,” ujarnya.

Andy menjelaskan api berjaya dikawal pada jam 12  tengah hari dan kerja-kerja ‘overhaul’ dilakukan bagi memastikan tiada lagi punca api.

“Operasi pemadaman ditamatkan pada jam 1 petang.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan