Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Residen Sarikei, Micheal Ronnie Langgong yang mewakili Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyempurnakan simbolik penanaman anak pokok berlian di Taman Sebangkoi sambil diperhatikan yang lain. Foto: TVS

Sebanyak 60 pokok belian ditanam di setiap bahagian seluruh Sarawak

SARIKEI, 23 Sept: Sebanyak 60 anak pokok belian ditanam di setiap bahagian di seluruh negeri sebagai usaha memperkenalkan tumbuhan warisan Sarawak itu kepada masyarakat selain mengelak kepupusan spesis.

Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammad berkata pihaknya juga giat mewujudkan taman pokok belian di kawasan bandar yang mempunyai hutan.

Sehubungan itu katanya, penganjuran program Le Tour De Restoration 2.0 yang sedang giat dilaksanakan merupakan salah satu pendekatan untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

“Usaha itu tidak terhenti setakat itu kerana kita akan melakukan pemantauan bagi memastikan perkembangan anak-anak pokok yang ditanam ini dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Le Tour De Restoration 2.0 di Bukit Sebangkoi Sarikei, hari ini.

Pokok kayu belian yang juga dikenali sebagai ‘borneo ironwood’ telah diwartakan sebagai pokok rasmi Sarawak pada 20 Mac 1984.

Bagaimana kata Hamden, spesis tumbuhan bernilai tinggi yang hanya hidup pada habitat tertentu sahaja itu semakin berkurangan berikutan aktiviti penebangan sejak sekian lama.

“Kita akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk ditanam dengan anak pokok ini, langkah itu bertujuan supaya kayu belian lebih dekat dengan masyarakat. Yang paling kita mahu generasi baharu mengenali pokok ini,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan