Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan jalan rosak yang dirakam lensa TVS ketika memasuki Kampung Kendaie. Foto: TVS

RM60 juta naik taraf jalan utama masuk ke Kampung Kendaie – Billy Sujang

LUNDU, 23 Sept: Peruntukan berjumlah RM60 juta diluluskan untuk kerja menaiktaraf jalan masuk ke kampung Kampung Kendaie, di sini.

Khabar baik itu diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang hari ini sekali gus memenuhi harapan penduduk setempat untuk memiliki kemudahan asas berkenaan.

Menurut Billy, rayuan penduduk telah dimajukan serta telah diluluskan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di bawah pelan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Billy mendedah lanjut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak merupakan agensi perlaksana projek yang dijangka akan bermula pada awal tahun hadapan dan siap penghujung tahun 2025

“Jarak sebenar yang akan kita buat (perbaiki) adalah dari Kampung Sedaing di simpang Kampung Biawak sehinggalah ke Kampung Kendaie pada jarak lebih kurang 10 kilometer.

“Terima kasih kepada Premier Sarawak kerana telah memberi ruang kepada kita untuk melaksanakan projek ini dibawah GKCDA dan telah diluluskan peruntukan sebanyak RM 60 Juta untuk dilaksanakan pada tahun hadapan.

Billy berkata demikian kepada TVS selepas merasmikan program Jom Gerak Muhibah peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Kampung Kendaie, Lundu di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol, Ketua Unit Kesejahteraan Komuniti, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak Mohamad Dohan Wahid dan Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani.

Tambah Billy lagi, selain pembaikkan jalan, turut diluluskan jalan altenatif lain bagi memudahkan penduduk Kampung Kendaie untuk keluar dari kampung tersebut.

“Fasa kedua adalah jalan alternatif tetapi kita harus menunggu dari pihak JKR untuk perlaksanaan dan yang itu juga telah diluluskan (permohonannya) dari Kampung Kendaie ke Selampit dimana ada jalan (yang menghubungkan) dan menggunakan Jambatan Selampit yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan