Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Allan (tiga kiri) melakukan 'flag off' perlumbaan bot laju di jeti Waterfront Kanowit pada tengah hari tadi. Foto: TVS.

‘Pekan transit’, Kanowit kini alami masalah kurang tempat parkir – Allan

KANOWIT, 23 Sept: Dikenali sebagai ‘pekan transit’sejak Jalan Sibu-Song-Kapit siap dibina, Kanowit dirancang untuk dibangunkan lebih banyak tempat letak kereta bagi mengatasi masalah kekurangan parkir di sini.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Machan, Allan Siden Gramong mengakui pekan itu menghadapi masalah tempat letak kereta memandangkan ia adalah daerah kecil.

“Kami bercadang untuk membina tempat letak kereta tambahan bagi mengatasi masalah ini dan perlu mengenal pasti tempat yang sesuai untuk tujuan ini terlebih dahulu.

“Bagaimanapun ia (tempat parkir) masih dalam peringkat perancangan,” katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pesta Kanowit 2023 di Waterfront Kanowit pada Sabtu.

Allan dalam pada itu menyatakan kepesatan pembangunan di daerah itu juga menyumbang kepada masalah tempat letak kereta.

“Kami tidak menjangkakan Kanowit akan mengalami pembangunan yang begitu pesat kerana semakin banyak kenderaan masuk ke pekan ini sejak Jalan Sibu-Kapit siap,” jelasnya.

Sementara itu Allan berkata penyiapan projek Kanowit Waterfront bernilai RM5.3 juta pada April tahun ini adalah tepat pada masanya untuk penganjuran pesta di sini.

“Projek Waterfrint Kanowit dimulakan oleh Datuk Aaron Ago Dagang (Ahli Parlimen Kanowit) dan dibina oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.

Perlumbaan bot laju dan Regatta Kanowit adalah antara aktiviti utama pesta yang diadakan sejak 10 September sehingga 1 Oktober depan.

Lebih 120 bot laju daripada pelbagai pasukan termasuk Brunei, Miri, Bintulu Sibu dan yang lain mengambil bahagian dalam perlumbaan bot laju tersebut.

Tururt hadir ADUN Ngemah, Anyi Jana dan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Susan Clement dan Pegawai Daerah Kanowit, Jackline Augustvselaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kanowit 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan