Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, merakam kenangan bersama tetamu dan peserta program. Foto: TVS.

Miri ada tapak warisan popular berpotensi jadi destinasi pelancongan hijau dunia – Sebastian

MIRI, 23 Sept: Miri berpotensi sebagai destinasi pelancongan hijau di dunia berikutan ia terkenal dengan tapak warisan popular dengan sejarah dan nilai semula jadi yang sering menarik pelancong ke sini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew mendedahkan contoh ketaranya adalah Gua Mulu dan Gua Niah di sini.

“Kita berada dalam peta dunia sekarang dan bermakna semua negara lain akan mengetahui lebih lanjut tentang Sarawak terutamanya Miri dan ini pasti akan memberi impak kepada pelancongan.

“Orang ramai akan melihat kita tetapi kita perlu menawarkan dan membantu pelancong apabila mereka membuat keputusan ke mana hendak pergi bukan sahaja tahun depan, tetapi mungkin tahun selepas itu.

“Jadi Miri, Sarawak adalah tempat yang indah dan destinasi yang baik untuk dilihat kerana kita sangat hijau di samping mengamalkan kemampanan, kini bergerak ke hadapan untuk pelancongan yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2023 pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sebastian mengakui kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang memperkenalkan pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen hijau ini menunjukkan komitmen kolektif kerajaan untuk membangunkan pelancongan melalui pelaburan hijau dengan pendekatan holistik selain mengatasi cabaran pemanasan global.

“Saya fikir di seluruh dunia, kita semua sangat prihatin dan tahu cabaran pemanasan global di seluruh dunia, kita telah melihat kesannya. Dengan pelaburan hijau yang diketuai oleh Premier kita mengenai hidrogen, hidro dan perkara lain yang membantu dalam persekitaran kita.

“Ini sangat penting dan kita mesti terus melindungi planet kita. Pelaburan hijau itu sendiri sememangnya satu cara untuk bergerak ke hadapan.

“Kita bercakap tentang planet, manusia dan pelaburan hijau dan kini Sarawak memimpin jalannya,” ujarnya.

WTD Sarawak bermula hari ini, 23 dan 24 September dianjurkan oleh Responsible Borneo (REBORN) dan Sarawak Research Society dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak memasuki tahun ketiga diadakan.

Bertemakan “Pelancongan & Pelaburan Hijau: Rakyat, untuk Planet dan untuk Kemakmuran”, ia merupakan hari sambutan global yang memupuk kesedaran tentang nilai sosial, budaya, politik dan ekonomi pelancongan dan sumbangan yang boleh dilakukan oleh sektor itu ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan