Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah merasmikan Salvation Army Home di Muara Tuang, Kota Samarahan. Foto: TVS

Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Sarawak ditubuh dalam masa terdekat – Fatimah

KOTA SAMARAHAN, 23 Sept: Penubuhan Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Sarawak merupakan inisiatif negeri ini memiliki sebuah bandar mesra kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau mendedahkan tarikh penubuhannya bakal diumumkan pada masa terdekat ini.

 

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah merasmikan Salvation Army Home di Muara Tuang, Kota Samarahan. Foto: TVS

Fatimah berkata majlis berkenaan bakal menjadi wadah untuk mendengar suara dan hak kanak-kanak dalam pembentukan dasar dalam membina bandar mesra kanak-kanak di samping membentuk masyarakat yang inklusif.

“Kami semalam bincang perkara ini diperingkat kementerian dahulu bagaimana kita boleh membantu 5 Majlis Pembandaran ini untuk mendapatkan penglibatan mereka dalam Majlis Perwakilan kanak-Kanak.

“Kita akan bekerjasama dengan Pejabat Pelajaran Daerah PPD supaya penubuhan majlis perwakilan ini terdiri daripada kanak-kanak yang berpotensi untuk kita lantik dalam majlis perwakilan kanak-kanak Sarawak.

“Wakil kanak-kanak ini boleh dijadikan sebagai satu badan untuk bekerjasama dan terlibat dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran di kawasan masing-masing.

“Selain itu, penubuhan majlis tersebut juga akan menjadi platform untuk kanak-kanak menyuarakan pendapat dan hak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita selepas merasmikan Salvation Army Home di Muara Tuang,Kota Samarahan, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Fatimah juga mahu Sarawak diiktiraf sebagai bandar mesra kanak-kanak oleh UNICEF.

Sehubungan itu ujarnya penglibatan kanak-kanak dalam pelaksanaan dasar bagi membentuk bandar mesra kanak-kanak perlu diambil kira.

“Satu daripada perkara yang kita akan tekankan adalah keterlibatan kanak-kanak.

“Kanak-kanak ini didefinisikan sebagai individu 18 tahun ke bawah didalam dasar, bajet program dan aktiviti yang dijalankan sama ada oleh kerajaan.

“Perkara pertama adalah bagaimana kita boleh libatkan kanak-kanak ini dalam perancangan kita diperingkat council misalnya termasuk dalam bajeting purposes,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fatimah mendedahkan pihaknya giat menganalisis situasi bagi menentukan hala tuju Sarawak ke arah bandar mesra kanak yang lebih kukuh dan mampan.

“kita sudah ada tarikh yang telah ditetapkan tetapi ia harus disetujui oleh semua pihak dan Majlis Perbandaran.

“Sekiranya semua bersetuju, kita akan umumkan kepada orang awam siapa kanak-kanak yang telah dipilih dan dilantik dalam majlis kanak-kanak ini mengikut majlis perbandaran,” ujarnya.

Setakat ini, kata Fatimah terdapat lima majlis bandaraya di Sarawak sudah bersetuju ke arah menjadi bandaraya mesra kanak-kanak dibawah inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI) oleh pihak UNICEF dengan kolaborasi bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak iaitu DBKU, MBKS, Padawan, Sibu dan Miri.

Untuk rekod, Majlis Bandaraya Petaling Jaya mendapat pengiktirafan Bandar Mesra Kanak-Kanak pertama di Malaysia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan akan menerima anugerah Oktober tahun ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan