Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan Foto: BBP Kanowit

Lelaki parah, kereta bertembung 4WD di Kanowit

KANOWIT, 23 Sept: Seorang lelaki cedera parah selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Pantu Mali di sini, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Arrahman Chik berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.29 petang.

“Sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit beserta sebuah jentera LFRT telah dikerah ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Proton Iswara yang dipandu mangsa berusia 50 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Susulan itu menurutnya seorang mangsa tersepit di dalam kereta jenis Proton Iswara terbabit.

“Pasukan bomba kemudian bertindak melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan konsep SAVER, menggunakan peralatan khas RTA iaitu ‘rescue tools’.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Kanowit untuk tindakan selanjutnya,” kata Arrahman.

Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudian memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat dan operasi ditamatkan pada jam 3.00 petang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan