Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Motosikal yang ditunggang mangsa yang terperosok di bawah lori yang rosak di bahu jalan di Kilometer 2 Jalan Mukah-Oya. Foto: BSPT IPD Mukah

Langgar belakang lori, wanita maut selepas 40 jam bertarung nyawa

MUKAH, 23 Sept: Seorang pekerja stesen pam minyak menghembuskan nafas terakhir tepat 40 jam selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 2 Jalan Mukah-Oya di sini, semalam.

Mangsa dikenali sebagai Nawwarah Asfakhira Zahir, 25, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu pada jam 9.36 malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Mohamad Rizal Alias berkata mangsa yang menunggang motorsikal jenis Yamaha Ego dipercayai telah melanggar belakang lori yang rosak yang parkir di bahu jalan berkenaan sekitar jam 5.40 pagi Khamis lalu.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, mangsa bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen pam minyak di Mukah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa bergerak lurus dari Shell Mukah sebelum melanggar belakang sebuah lori rosak yang parkir di bahu jalan di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Akibat itu, katanya mangsa mengalami cedera parah dan telah dibawa ke Hospital Mukah sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Hospital Sibu pada jam 9.36 malam Jumaat,” jelasnya.

Kes tersebut masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan