Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Billy Sujang (berbaju kuning) disambut Tarian Kebudayaan etnik Bidayuh suku Selako atau Lara pada program Jom Gerak Muhibah di Kampung Kendaie. Foto: TVS

KRT Zon Bau, Lundu berpadu tenaga jayakan Jom Gerak Muhibah di Kampung Kendaie

LUNDU, 23 Sept: Sebanyak 20 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari zon Bau dan Lundu berpadu tenaga di Kampung Kendaie menjayakan Program Jom Gerak Muhibah Peringkat Negeri Sarawak

Ketua Unit Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sarawak Mohamad Dohan Wahid berkata sasaran program tersebut adalah seramai 300 ahli jawatankuasa KRT, komuniti dan masyarakat sekitar Kampung Kendaie, Lundu.

Menurutnya objektif program tersebut adalah untuk memperkasakan ahli jawatakuasa KRT menerusi program berbentuk gaya hidup sihat bersama komuniti dan masyarakat

“Kita hendak pastikan Rukun Tetangga tidak hanya melaksanakan program sosial tetapi juga menggalakan gaya hidup sihat.

“Program pagi ini digarap bagi memastikan peranan KRT itu bukan sahaja untuk memastikan pemeliharaan perpaduan dikekalkan tetapi dalam masa yang sama gaya hidup yang sihat juga dapat diterapkan didalam Rukun Tetangga” katanya.

Mohamad Dohan berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jom Gerak Muhibah peringkat Negeri Sarawak di sini, pada Sabtu.

Antara pengisian program hari ini adalah Permainan Rakyat, Fun Run dan Kembara mengelilingi kawasan kampung.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang menyokong penganjuran  program berbentuk gaya hidup sihat berkenaan.

“Aktiviti-aktiviti sama ada kita hendak kita jalankan seperti Fun Walk, Fun Run boleh dilaksanakan bukan sahaja di peringkat dalam bandar, malah juga dalam peringkat dalam kampung. Ada beberapa tempat kita sudah laksanakan sebelum ini dan kita akan teruskan,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol, Ketua Unit Kesejahteraan Komuniti, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak Mohamad Dohan Wahid dan Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan