Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki tempatan dan tiga kru warga asing ditahan dalam Op taring Pensura di Pontoon Dockyard di Perairan Rantau Panjang, Sungai Batang Rajang, di Sibu pada Rabu. Foto: PPMW5 Sibu

PPMW5 rampas 40,000 liter diesel dan kapal kargo membabitkan rampasan bernilai lebih RM1 juta

SIBU, 21 Sept: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sibu merampas 40,000 liter minyak diesel dan sebuah kapal membabitkan nilai rampasan keseluruhan lebih RM1 juta di perairan Rantau Panjang, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, sepasukan anggota polis marin yang melaksanakan Operasi Taring Pensura menahan sebuah kapal kargo di situ sekitar pukul 12.45 tengah hari.

“PPM telah menahan empat lelaki termasuk tiga warganegara asing berumur dalam lingkungan 26 hingga 44 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut membawa muatan minyak diesel dalam anggaran lebih kurang 40,000 liter dengan nilai lebih kurang RM 160,000 tanpa permit dan lesen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak KPDN Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tangkapan serta rampasan di serahkan kepada pihak KPDN Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan