Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan cenderamata kepada Chang Lih Kang pada kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto: TVS

MOSTI teroka peluang kerjasama sektor tenaga boleh baharu dengan Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 Sept: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) meneroka peluang untuk bekerjasama dengan Sarawak khususnya dalam sektor hidrogen dan tenaga boleh baharu.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata, Sarawak bekerja keras dan menunjukkan hasil yang positif menerusi bidang tersebut.

Sarawak peneraju ekonomi hidrogen | TVS

“Banyak yang telah kita bincangkan terutama potensi bekerjasama dalam ekonomi hidrogen, kerana Sarawak telah melakukan inisiatif yang terbaik dalam bidang ini.

“Kita juga ada berbincang perkara lain seperti Micro Algae dan Sustainable Aviation Fuel (SAF), jadi kita harap kerjasama antara kerajaan persekutuan dan Sarawak dapat terjalin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Chang berkata, MOSTI juga dipertanggungjawabkan untuk menerajui Pelan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR).

“Sebab itu kita (MOSTI) datang ke sini untuk belajar dengan Sarawak.

“Dalam masa sama kita juga ingin melihat bagaimana hendak membina ekosistem dengan Sarawak kerana negara kita sedang menuju ke arah HETR,” katanya lagi.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan HETR akan membangun dan memperkukuh ekosistem tenaga hidrogen di Malaysia, sekali gus memastikan sektor itu menyumbang antara RM49 bilion hingga RM61 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menjelang 2030.

Selain itu, katanya, HETR yang menyokong Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 di bawah Dasar Tenaga Negara 2022-2040, dijangka menjana 45,000 peluang pekerjaan serta membantu Malaysia mencapai sasaran pengurangan gas rumah hijau (GHG) dalam tempoh tujuh tahun akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan