Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi yang mengetuai delegasi kementeriannya mengadakan lawatan sambil belajar ke Australia Barat bermula 20 hingga 26 September. Foto: MUT

Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak adakan lawatan ke Australia Barat

KUCHING, 22 Sept: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang mengadakan lawatan sambil belajar ke Australia Barat bermula 20 hingga 26 Sept ini.

Menterinya Datuk Julaihi Narawi yang mengetuai delegasi itu berkata lawatan berkenaan bertujuan mengkaji struktur industri air, termasuk rangka kerja perundangan dan kawal selia, tadbir urus, model perniagaan, struktur organisasi dan infrastruktur teknologi.

MUT Sarawak adakan lawatan penanda aras ke Australia | TVS

Selain itu, beliau berkata lawatan berkenaan juga akan memberi peluang berharga kepada delegasi untuk menilai kebolehgunaan dan kebolehsesuaian model industri air Australia Barat untuk penstrukturan semula sektor bekalan air di Sarawak.

“Lawatan ini bertujuan ke arah pembangunan sistem bekalan air bersepadu dan pengurusan sumber air di Sarawak.

“Melalui pengetahuan dan pengalaman Australia Barat, kita berharap dapat mewujudkan sistem yang boleh dipercayai, ekonomik dan mampan di seluruh Sarawak untuk meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Delegasi dijadual melawat Jabatan Peraturan Air dan Alam Sekitar (DWER), Pihak Berkuasa Peraturan Ekonomi (ERA) dan Perbadanan Air yang merupakan pengendali air utama di Australia Barat termasuk Loji Penyahgaraman Air Laut Selatan, Empangan Mundaring, Empangan Serpentine dan Loji Kitar Semula Air Termaju Beenyup. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan