Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Inflasi Malaysia kekal pada dua peratus pada Ogos 2023, sama dengan kadar pertumbuhan yang dicatatkan pada Julai 2023. Foto hiasan: Envato.

Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos 2023 – Perangkaan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Inflasi Malaysia kekal pada dua peratus pada Ogos 2023, sama dengan kadar pertumbuhan yang dicatatkan pada Julai 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam satu kenyataan hari ini, DOSM berkata kadar inflasi yang dicatatkan pada Ogos disebabkan terutamanya oleh pertumbuhan lebih perlahan dalam restoran dan hotel, yang jatuh 4.7 peratus daripada lima peratus pada Julai 2023; makanan dan minuman bukan alkohol (4.1 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai 2023), serta pelbagai barangan dan perkhidmatan yang menyederhana kepada 2.4 peratus daripada 2.6 peratus pada bulan sebelumnya.

Ia berkata kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol menyumbang 29.5 peratus daripada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP).

Sementara itu, ia berkata kadar inflasi bagi sektor pengangkutan Ogos 2023 tidak mencatatkan sebarang peningkatan (0.0 peratus) berbanding -0.4 peratus pada Julai 2023.

Mengenai inflasi teras, DOSM berkata ia meningkat 2.5 peratus pada Ogos 2023 berbanding 2.8 peratus pada Julai 2023, namun ia masih melepasi kadar inflasi nasional keseluruhan dua peratus.

“Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu dengan kenaikan 5.1 peratus, diikuti oleh kumpulan restoran dan hotel yang meningkat sebanyak 4.7 peratus dan pengangkutan (3.6 peratus).

“Sementara itu, pelbagai barangan dan perkhidmatan dan kesihatan masing-masing meningkat 2.4 peratus,” katanya.

Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, DOSM berkata inflasi dua peratus di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Zon Eropah (5.3 peratus), Filipina (5.3 peratus), Republik Korea (3.4 peratus), Indonesia (3.3 peratus) dan Vietnam (3.0 peratus). Namun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (0.9 peratus) dan China (0.1 peratus), katanya.

Di peringkat negeri, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata tujuh negeri mencatatkan peningkatan melebihi paras inflasi negara dua peratus iaitu Sarawak (3.4 peratus), Putrajaya (2.7 peratus), Perlis (2.4 peratus), Perak (2.3 peratus), Selangor (2.3 peratus), Pahang (2.2 peratus) dan Melaka (2.1 peratus), manakala sembilan negeri lain mencatatkan pertumbuhan di bawah dua peratus.

Pada asas bulan ke bulan, DOSM berkata inflasi keseluruhan pada Ogos 2023 meningkat marginal kepada 0.2 peratus berbanding 0.1 peratus pada Julai 2023.

Peningkatan ini disumbangkan oleh perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain, 0.5 peratus berbanding. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan