Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nerosha melafazkan dua khalimah syahadah di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah di ibu pejabat pertubuhan itu, semalam. Foto: Facebook PERKIM Kebangsaan

Atlet boling negara, Nerosha Keligit Thiagarajan peluk Islam

ByNina Azman

KUCHING, 22 Sept: Atlet boling wanita negara, Nerosha Keligit Thiagarajan dilaporkan memeluk Islam, pada Khamis.

Menurut sebuah portal nasional, atlet boling kelahiran Sarawak itu mengakui hatinya terbuka untuk memeluk Islam ekoran kehidupannya dikelilingi rakan beragama Islam.

Laporan tersebut juga mendedahkan wanita berdarah kacukan India-Kayan itu melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah di ibu pejabat pertubuhan itu, semalam (21 Sept).

Menerusi sebuah hantaran yang dimuatnaik di Facebook PERKIM Kebangsaan, Nerosha sering bertanyakan kepada rakan-rakan beragama Islam berhubung kewajipan bersolat, berpuasa dan ibadat lain.

Pada tahun 2021, Nerosha merangkul perak pada temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi selepas meraih kedudukan kedua dalam acara berpasukan wanita. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan