Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penyerahan projek daripada pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sarikei (DID) kepada kontraktor sambil disaksikan wakil Ahli Parlimen Sarikei, Gung Chiu Kion. Foto: TVS.

RM2.1 juta laksana projek pembersihan sungai dan parit di Meradong

SARIKEI, 21 Sept: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM2.1 juta bagi melaksanakan 18 projek pembersihan sungai dan parit di kawasan Meradong.

Berita gembira itu dikongsikan Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii dalam Facebook rasminya, pada hari ini sambil menyifatkannya sebagai projek yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat khususnya golongan petani di kawasan itu.

“Saya berjaya dapat peruntukan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sarikei (DID) bagi melaksanakan projek yang menelan kos kira-kira RM2.1 juta.

“Projek melibatkan pembersihan sungai dan parit, selain melebarkannya untuk memastikan saliran air lancar sekali gus menyelesaikan masalah banjir yang kerap memusnahkan tanaman para petani,” katanya.

Tiong Sii berkata, parit tersumbat dan pengaliran yang tidak lancar, limpahan air sungai terutamanya pada musim hujan menyebabkan banjir sering berlakunya di kawasan sepanjang 90.71 kilometer itu.

Katanya, beliau mengambil maklum masalah itu selepas menerima aduan daripada penduduk sebelum mengemukakan permohonan peruntukan daripada agensi yang berkaitan.

“Ia melibatkan kawasan Beleepong bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintangor, Tanah Perkuburan Cina Batu tiga dan Batu Empat Jalan Kelupu, Jalan Kwong Hock – Kuong Hing, Sungai Meradong – Bakong dan Ulu Sungai Meradong.

“Tidak terkecuali, Jalan Meradong – Pasi, Jalan Heo Ping Batu Tujuh, Sungai Bakong, Simpang Jalan Yung Kiew Sungai Tupai, Jalan Tat Sing Baru dan Jalan Dalat KJD 2, Jalan KJD ke Lebuhraya, Hulu Sungai Bakong, Sungai Lebas, Parit Sia Sungai Padi, Tanah Perkuburan Lutong Tanjung Genting, Sungai Mulong dan Sungai Binatang, Jalan Tong Ah ke Jalan Bukit Tunggu Tulai dan Jalan Kin San Sungai Narasit,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, wakil Ahli Parlimen Sarikei, Gung Chiu Kion menyaksikan penyerahan tapak projek daripada pegawai DID kepada kontraktor sebelum meninjau lokasi berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan